goldman

saving/investment/trade/retail/motivation/chill/cool.

seronoknya berniaga

2 Comments

salam zulhijjah buat semua teman2 .. maaf  sebab lama tak menukilkan sesuatu utk tatapan korang. sebenarnya aku ada sesuatu nak coretkan beberapa hari lepas .tapi dah terlupa pulak ..sebab tiba-tiba oder utk kerja2 construction bertingkek2. mcm tu la dunia perniagaan dalam  bidang construction ni .. time ada sampai bertimpa2.. time takda ..rasa nak tutup je terus kompani  hehe.  tak pe la .. tu semua memang dah  jadi SOP nya ..so  kena pandai la adjust  utk survival.

 

Image

saja je refresh amik  mood .. jangan  marah tauu hehehe

         sebenarnya dunia perniagaan ni seronok sangat . tak kisah la apa jenis perniagaan pun sebab . dengan  perniagaan kita mampu mengenali  diri kita sendiri  dengan  bertemu berbagai lapisan masyarakat . kita belajar bersabar , kita belajar memberi , kita belajar menerima , kita belajar tentang segala2nya . kita belajar menjadi baik , kita belajar  mengelak  kejahatan, kita mampu menguatkan jiwa , kita juga mampu menguatkan rohani , kita juga belajar utk menguatkan fizikal dan mental. dengan perniagaan juga kita kenal siapa tuhan kita yang sebenar kita juga mampu menyampaikan apa yg kita mahu kepada masyarakat  melalui perniagaan . perniagaan menambahkAN bilangan sahabat dan teman,  perniagaan mampu membawa kita kemerata2 ceruk rantau , perniagaan juga membuatkan  kita sentiasa kreatif dan innovatif . perniagaan memberi kita kepuasan. perniagaan juga memberi kita kekuatan . perniagaan mengajar kita tentang kemanusiaan dan kebinatangan . perniagaan juga adalah sebahagian dari ajaran  dalam agama kita . perniagaan mampu menjadikan kita  orang kaya . perniagaan juga menjadikan  kita orang yg sentiasa berguna untuk masyarakat . perniagaan jugalah yg membuka ruang  dan peluang utk kita menambahkan  tabung dividen akhirat kita . apabila kita sudah mula berniaga ..sebenarnya kita sudah mula langkah pertama  kearah syurga .. kerana dari 9/10 rezeki yg kita dapat .kita mampu utk menyertai 3  perkara yg menyebabkan   paahala amalan kita sentiasa berterusan  

1- bersedekah jariah ( orang kaya mampu melakukan lebih dari  orang miskin
2-ilmu yang bermanfaat  ( orang kaya mampu menuntut ilmu dan memberi sumbangan  kepada orang yg inign menuntut ilmu )
3- anak yang soleh yg sentiasa mendoakan kedua ibubapa ( orang kaya bleh kawen banyak .. yeyyyy)

Image

 

kasturi adalah wangian kesukaan nabi S.A.W dan sbhgn dari wangian dari syurga 

 

tapi  yang paling utama . perniagaan mampu membina fikiran yg sentiasa positif dan  dengan  fikiran positif boleh mendidik  hati menjadi baik  dan  hati yang baik akan mampu membuahkan bahagia .. 

“Wahai nafsu (jiwa) yang tenang (suci). Kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dengan (hati) redha dan diredhai (Tuhan). Maka masuklah kamu dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah kamu ke dalam Syurga-Ku.” (Al Fajr: 27-30)

Image

dalam syurga pun  ada emas tauu

 

sekian dari aku untuk kali  ni  GOLDMAN <—————— bukan nama sebenar

 

 

Advertisements

2 thoughts on “seronoknya berniaga

  1. cantik kata-kata tuan.. ‘perniagaan mampu membina fikiran yg sentiasa positif dan dengan fikiran positif boleh mendidik hati menjadi baik dan hati yang baik akan mampu membuahkan bahagia .. ‘ saya setuju sebab saya telah melaluinya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s