goldman

saving/investment/trade/retail/motivation/chill/cool.


Leave a comment

ini kisah tentang kita …………….

assalamualaikum warahmatullah sahabat2…

kali ni  aku kongsikan satu yg selalu bermain2 dalam kepala otak  aku sejak beberapa minggu. tapi tak terluah dalam catitan sebab memang minggu yg sibuk  dengan kejatuhan nilai RM dalam harga emas fizikal, persediaan utk  UMRAH ziarah pada 10/5/2013 , penilaian semula  beberapa potfolio perniagaan  yg aku  buat tapi tak seperti  yg diharapkan,kerja2 ubah suai kedai baru kami di Sg.Buloh, kerja2 sedia ada dengan  pelanggan2 sedia ada. projek katering yg alhamdulillah juga still on going dan juga mula mendapat tempahan serta berbagai2 perkara yg terjadi dalam  ruang lingkup hidup aku . nampak begitu banyak dan mungkin jugak memenatkan dan YA! memang penat. tapi semua tu mengikuti  perancangan dan idea yg sememangnya aku rekod dan simpan dalam hati dan minda. Alhamdulillah ia diterjemahkan diri alam idea ke alam reliti.

Image

Sebenarnya sebagai orang  biasa , aku sedar dan amat2 sedar… ada berpuluh2 mata dan mungkin beratus  atau beribu mata yg mengikuti coretan aku ni dan aku jugak tahu yg persepsi2 negatif yg bakal ataupun sudah dilemparkan pada aku  lantaran kerapnya aku berkongsi tentang apa yg  sudah aku  buat dan sudah aku capai .pada mulanya mmg segan dan takut ttg persepsi tersebut. maklum la aku bukan dari level kelas2 atasan .. budak pengangkat beg peralatan kerja je ( macam bagus sangat dia tu / sudah laa orang lain  lagi hebat pun takda kecoh2 / takde menda lain ko nak cerita? / kalau setakat hidup mcm kau ni  kat kampung aku banyak / menyampah la aku  dengan  kau! )  yep .. dulu aku selalu dapat kata2 mcm tu yg membuatkan aku jadi …. hmmm.  by the way  sesetengah  teman yg  selalu  memberi kata2 tu  hidupnya adalah ” qanaah” sekarang . mungkin “berkat doanya” pada aku  . ok jom balik pada track  sebenar.

Image

setiap kejayaan besar dalam dunia ni adalah mengikut turutan diatas. ia tak la datang secara :”blink” pakai  cota lord of the ring tu, kadang2 kita  jumpa orang yg berjaya kerana idea orang lain dan orang yg bagi idea hidup nya ttp sama seperti mula2 dia bagi idea.kenapa?  tengok balik cycle diatas. Bagi  aku  pada PERINGKAT AWAL apabila idea datang dan kita berkobar2 utk menterjemahkan ia dalam  duania realiti kita, perlu bagi kita meninggalkansekejap kawan2 yg biasa kita bergurau senda. carilah kawan2 yg lain yg mampu membimbing kita kearah  perlaksanaan yg betui. kalau  tiada disekeliling kita kawan2 yg macam tu . kita kena  kuatkan jiwa utk  laksanakan idea kita dan insyaallah sedikit demi sedikit allah akan datangkan kawan baru yg kita perlukan .

Image

KENAPA PERLU PANDANG KE ATAS? 

kita selalu disogokkan tentang kekayaan dunia, kejayaan dan lain2 perkara yg kita tengok best utk kita miliki bagi aku kenapa perlu kita memandang  pada orang  yg “lebih” dari kita?  yg  aku faham  itulah yg dinamakan MOTIVASI DIRI bukan  utk berlagak  atau meninggi diri. Dalam mengejar kehendak dan keperluan  hidup motivasi amat perlu  utk kita miliki. kalau takda motivasi kita akan  mudah mengalah , kita tiada panduan , kita akan behenti dan mimpi indah  hanya akan tinggal mimpi ..

Image

KENAPA PERLU KITA MEMANDANG KEBAWAH ?

 ini juga adalah perkara  perlu dalam  hidup  seharian. Apa yg  aku tahu dan faham , ia dinamakan SYUKUR adakah  perlu ? memang perlu  tapi tak la sampai kita terus tak bergerak . biasanya apabila kita punya impian  kita  berusaha  dan mungkin  dapat tak seperti yg kita harapkan .. pandangla  ke bawah untuk kita tidak meluahkan rasa kecewa dengan Allah .

kita  impikan rumah besar dan berusaha utk mencapai.. tapi kita hanya dapat  banglo dipinggir bandar

kita impikan kereta besar dan berusaha utk mencapai . tapi kita hanya dapat merc CLK 200

kita impikan tercalon utk jadi ahli parlimen .. tapi kita hanya dapat DUN ( MOOD PRU) heheh

pandangla ke bawah  insyaallah hati kita akan tenang teruskan  hidup  macam  biasa dan  nikmati  dunia kita yg dah kita bina selama ini dengan aman dan tenteram

 

itu semua adalah warna2  hidup kat dunia . walau  apa impian kita, walau apapun yg dah kita capai , walau  apa yg kita kecapi .. sedar  diri kita semua yg kita ada tanggungjawab

1-menjadi hamba paada pencipta
2-menjadi khalifah ( duta) allah dimuka bumi

kita akan  mati dan kita akan ditanya ttg  apa yg dah kita buat . Sebelum kita mati bersiap utk segala bekal dan kemungkinan  sebab aku selalu dengar dan ulang2  cerita tentang sebuah perlayaran hidup. kita dari  1-alam roh ke 2- alam rahim kemudian ke 3- alam dunia dan ke 4- alam barzakh dan terakhir  kita keakhirat .. now kapal kita berhenti sekejap dialam dunia utk kita kumpul bekal ke alam seterusnya.. moga cukup  bekal kita dan tercapai impian kita….

Image

dari aku GOLDMAN <—————– bukan nama sebenar


Leave a comment

PRU 13 .. kita perlukan pemimpin baru dan segar !!

Salam alaik..  buat semua teman dan sahabat .

Ini kali  aku  ada rasa  nak berkongsi pandangan aku sendiri tentang  Bakal Pemimpin yg akan  memimpin  aku selepas pilihanraya nnt. Secara asasnya kalau kita  bukak mata hati  luas2. mana2 dari  parti politik yg bertanding  kat malaysia ni sama je.. tak kira la apa  slogan pun yg dipakai dan apa topeng pun yg diguna. Kita mmg  masih terjajah kerana masih menggunapakai sistem  demokrasi ..dan kebanyakan  dari kita yg membaca dan mengkaji tentan kenegaraan dari dulu sampai sekarang akan mengakui  yg demokrasi adalahsistem  ciptaan yahudi . dan dari situ pun  sebenarnya kita dah tak betui . baik UMNO,PAS,dll … selepas dari asas yg kita  tak boleh tukar tu la kita  dapat tengok  perjuangan2 parti yg  bertanding atas nama bangsa dan agama di wujudkan. So.. bukak mata hati luas2 dan aku  tinggalkan persoalan tu  utk  korang  nilai balik .. dimana kita sebenarnya ..

berbalik pada tajuk  kat atas .. aku selalu  terfikir dan terbayang2 tentang kepimpinan  yg baru dan segar. . sejak  beberapa tahun kebelakangan ni.kita disajikan  dengan bermacam2 isu, skandal , propaganda dan segala  keburukan tentang DIRI PEMIMPIN2 kita baik dari  kerajaan yg memerintah  atau pun pembangkang  ..sama je .. baik  isu ter sebut  betui  ataupun fitnah itu diluar bidang kusa kita sebab bagi  aku  itulah kotornya politik berasaskan demokrasi . demokrasi adalah satu sistem  yg dicipta utk memberikan kuasa  kepada rakyat  utk memilih pemimpin .. kalau majoriti  rakyat jahat  dan  teruk.. maka  pemimpin yg kita dapat pun ada lah sama seperti rakyatnya

Image

YB DS Anwar ibrahim bukan lah nama  yg asing . seorang yg petah berbicara, punya karisma tersendiri dan tapi terpalit  dengn bebagai2 isu dan skandal aku juga  mengikuti cara dan cerita tentang YB ni dan secara  peribadi YB anwar ibrahim  bukanlah seorang yg  berintegriti berdasarkan apa yg  dia pernah cakap dan buat .. sumber2 boleh kita cari  sendiri dan  nilaikan dengan mata hati ..

Image

DS Najib Abd Razak . Ramai dari  kawan2 aku dan orang yg  neutral dalam  politik  mengatakan dia seorang yg tegas dan keras . YB Pekan ni jugak  dilihat bersungguh2 dan bekerja keras dalam  memenangi hati rakyat dengan  berbagai2 insentif dan kemudahan. cuma secara jujurnya . aku  tak dapat pun  menikmati  apa yg DS Najib sediakan utk rakyat . ye lah . sapa la  aku ni kan .. BRIM tak layak, TRIM tak layak PRIMA tak layak dan ntah apa2 lagi yg  berkaitan semua aku tak layak .. kesian kat aku .. by the way tak pe laa maybe  tak ter tulis rezeki aku  kat situ heheheheheh  .. DS Najib jugak dikatakan legasi terakhir dari teori RAHMAN dan selepas ini . mungkin la kena bukak teori  baru pulak .. dan rakyat malaysia secara  amnya  memandang  kegagalan nya  mengawal ISteri tersayang .. btui la  kata org2 tua ..  kegagalan dan kejayaan seorang lelaki  mmg akan ada aseorang wanita dibelakang nya .. DS Najib jugak ada di palitkan  dgn beberapa skandal  yg umum jugak  mengetahui  maybe  betui  atau  fitnah.. itu pun kita tak mampu nak  mengiyakan atau  menidakkan .

Image

otai DAP ni mmg tak perllu  di perkatakan lagi dari zaman dulu sampai sekarang .. GIGIH berjuang memartabatkan  hak dan keperluan bangsa dia. idologi politik yg diperjuangkan pun  kebanyakan  rakyat malaysia  tahu. cuma mungkin zaman kegemilngan DAP adalah selepas dia bersara ..  heheh

Image

Karpal singh dan  tuan guru haji  hadi  juga  otai dalam parti masing2 haji  hadi pernah  meemegang jawatan  menteri besar sebelum PAS kalah pada  UMNO dan selepas peristiwa tu .. terengganu  dapat  gelaran  darul runtuh .. hehehehe ..  maybe tsunami politik  menyebabkan  banyak  pembinaan di terengganu runtuh  ..dari stadium, masjid ,pasar  stesen bas dan lain2 .. hahahahaha ..

Image

Tuan guru nik abd aziz juga ada lah seorang yg  berpengaruh dikawasannya . pernah ada beberapa orang  ahli umno yg  aku jumpa di  mekah masa kami melaksanakan ibadah umrah dan haji  berkata .. selagi  tok guru tak bersara dari politik ..selagi tu la BN tak mampu  nak tawan  negeri kelantan .. haaa!!  hebat tak? kira hebat la tu  .. aku pernah  mempertikaikan beberapa perkara yg pada pandangan aku  tok  guru nik abd aziz  buat salah  .. dan aku di unfriend oleh  kawan2 lama .. kih kih kih  .. biasa la .. tok  guru tu bukannya nabi   .. mesti la dia ada buat silap  . tp  maybe sebab taksub sangat  kot. tak pe laa. masing2 punya pegangan ..mati nnt  jawab sendiri2…

OK …. apa yg kita selalu di tanamkan dalam minda kita beberapa tahun kebelakangan ni  adalah .. bertukarnya kepimpinan dari BN kepada PR .. dan sambutan nya agak menggalakkan .dan aku pulak  berfikir sebaliknya .. cuba kawan2 fikir dan bayangkan orang2 lama diatas iaitu YB ANWAR , YB NAJIB , YB KIT SIANG , YB HAJI  ABD HADI , YB KARPAL YB NIK ABD AZIZ dan beberapa lagi muka lama seperti  mat sabu, muhyidin yasin dan  veteran2 dalam  parti yg bertanding KALAH … siapa yg akan jadi PERDANA MENTERI MALAYSIA? dan itu yg  aku  fikirkan tentang pemimpin yg baru dan segar .. korang setuju tak? kita perlukan pemimpin yg baru dan segar .. maybe dengan pemimpin  yg baru dan segar  kita mampu melonjakkan malaysia  dgn lebih  efisien dan lebih berdaya saing.. .

ni cuma pemikiran LUAR KOTAK  aku  je laa …. heheehhe by the way ..selamat mengundi dan jangan risau  .. uundi anda bukan lah rahsia .. hahahahaha

dari aku goldman <——— bukan nama sebenar ..


Leave a comment

aku dah success …. so what`s next?

Image

beberapa minggu lepas aku ada  berkongsi2 pengalaman dan bertukar2 cerita  dgn sorang  kawan lama. sebenarnya dia adalah seorang yg  amat2 komited dan  fokus  dengan apa yg dia  buat .dia memiliki beberapa perniagaan dan,menganggotai beberapa pertubuhan  NGO dengan jawatan2 penting.. bagi aku dia seorang yg dah berjaya dalam kehidupan berdasarkan apa yang dah dia capai. cuma dia bukanlah seorang mentor bagi aku atas beberapa sebab. mungkin bidang kami berlainan dan cara juga berlainan . tapi dia tetap seorang kawan dan sahabat aku. ..

seronok bila mendengar  cerita  dia berjaya dan seronok jugak utk aku tahu bagaimana dia berjaya.. YEP.. jalannya tetap sama dengan  lain2 manusia yg  dah berjaya yang aku jumpa dan berkongsi  pengalaman. Soalan yg biasa aku tanya adalah …

APA PERASAAN HANG BILA DAH BERJAYA?

jawapannya best utk  aku  hayati ——>PUAS!     tapi sewaktu dah berjaya ..perkara yang paling nikmat adalah  bila mengenang  pedih  dan perit dalam menempuh jalan  dan pendakian kepuncak … mungkin ada sahabat2 yang pernah mendaki  bukit yang tinggi dan curam..  tu la kot perasaannya bila dah sampai ke puncak.. TAPI…!

apa lagi yang hang nak selepas berjaya? jawapan yg tulus  yg aku pernah dengar dari seorang yg  berjaya ——-> aku nak kerja lama aku balik ..takda  pening2 fikir mcm mana nak bayar sewa  office.. bayar gaji staff .. cari  projek… attend meeting dan lain2 yg membuatkan aku takda kehidupan … aku nak  kerja lama yg  bila aku balik umah  aku dah tak fikir lagi pasal kerja dan lain2 masalah .. 

aku bantai  gelak bedekah2 .. tapi  muka dia tetap tak berubah dan takde perasaann …Sorry la beb .. aku pun ada rasa yg sama macam hang  sekarang..hahahahahahaa

sebenarnya kita wajib selami dan hayati  tujuan utama kita dijadikan oleh ALLAH
1- menjadi khalifah memerintah bumi
2- menjadi hamba menyembah dan beribadah padaNYA

jom renung  balik hakikat kejadian kita … moga kita pulang nnt  menuju kampung halaman yg betui ..——>SYURGA dan  berdamping bersama AL AMIN Muhammad S.A.W …insyaallah

dari aku goldman,<————— bukan naam sebenar.


Leave a comment

Kehebatan satu semangat –> ( the power of DO)

Image

antara koleksi yg aku ada..

assalamualaikum wbt.
entri kali ni hanya sembang2 dan perkonsian  pengalaman. antara perkara yang best bila kita menjalankan perniagaan sendiri adalah pengurusan masa yg kita tentukan sendiri .. tapi kadangkala huruhara jugak sebab tak  sempat nak urus pun ..tetambah la orang yg memang  tak pernah  amik pot  pasal  masa ( mcm aku ) mmg selalu huruhara .. tetambah ada sikap  negatif yg baru .. ( rahsia) aku sedang berusaha keras utk  nyahkan sifat lahanat ni dalam  hidup aku dan kembali seperti dulu..

sebab  hari ni aku tak masuk  opis dan tak ke site ( urusan keluarga ) so aku pun  suka2 la masak aka panggang buah badam .. nampak macam senang je.. mem buat  jadi .. ye la .. aku dah belikan  periuk  pemanggang ajaib .. senang la kannn .. aku pun dgn  santai2nya buat .. sekali inilah hasilnya..Image

hangit/ rentung/ pahit…

so cubaan pertama gagal . walau pun begitu aku tetap makan juga .. letih der cari  duit nak  beli  menda alah ni ..dah la mahey ..tapi .. aku pun  dapat la ilmu baru  hasil dari pengalaman awal tadi ..dan aku  cuba cara lain pulak .dan cara kedua pun masih gagal.. apa yg aku buat ? aku pun tutup api dan baca  buku.. kasi  hilang stress dan  sambil2 baca kot dapat idea baru ..slps sejam ..stress pun dah  slow down  aku cuba  balik  utk kali ke tiga dan hasilnya……. jeng! jeng! jeenggggggg!!!! Image

success!!

analogi  kat atas tu  hanyalah secebis kisah antara kisah2 kejayaan aku..apa yg aku nak sampaikan kat sini ialah .

1-jangan berlagak sombong ..kalau tak tau  bertanya

2-jangan putus asa .. sebab  orang yg putus asa adalah orang yg  gagal

3- sentiasa  berusaha dan berusaha dan berusaha .. siapa yg berusaha  PASTI berjaya

4- gagal berkali2 bukan  bererti gagal selama2nya

5- impian  takkan tercapai kalau  tak bermula buat .

6-segala diatas adalah sesuai utk  aku je .. aku tak bertanggungjawab  kalau korang gagal sebab ikut cara diatas ..

SEKIAN  dari  aku GOLDMAN —–> bukan nama sebenar


8 Comments

teknik mewangikan bilik dengan —–> air cond

assalamualaikum… sahabat2 semua  moga hari ni dan seterusnya sentiasa tabah .. hidup ni memang tempat yg allah janjikan sbg medan ujian ..samada ujian tu berbentuk  nikmat ataupun kesusahan …

 

 

 

Image

gambar  emas ni ada kaitan dengan tajuk diatas..

(saya terima pembayaran perkhidmatan dalam bentuk emas fizikal )

ok.  kat atas tu saja je kongsi sikit peringatan ..sebenarnya utk aku jugak sebab aku selalu baca blog aku sendiri ..

15 tahun lepas masa mula2 nak buat  keputusan utk memulakan kerjaya, air cond  adalah  antara 2 piihan yang aku pilih  selain  kejuruteraan  elektrik .. tapi sekarang .. Dua-dua bidang ni adalah perniagaan teras aku selain catering, Emas, dll.   sekarang, hampir keseluruhan penduduk  lembah klang memiliki sekurang2nya satu biji air cond bagi setiap rumah ..maka aku andaikan pilihan aku utk mempelajari dan menceburi bidang air cond  ni adalah tepat . alhamdulillah .

Oleh  itu .aku nak share ngan  sahabat2 semua mcm mana nak wangikan bilik2  korang yg ada air cond dgn menggunakan air cond itu sendiri

 Image

ini air cond bilik anak  aku .. kami  gunakan  air cond inveter hehehe

 

 

perkara utamanya mestilah  kena ada air cond.. kalau takda  air cond kena la beli dan pasang  air cond dulu ye.. kalau setakat  tampal gambar air cond .. memang tak dapek nak tolong . hehe .. air cond  ni macam kereta jugak . kena  dibuat penyelenggaraan berkala , korang bayangkan laa air cond ni  bekerja sekurang2nya 6 jam sehari…. makanya bayangkan kalau  tidak diselenggara maka prestasinya akan jatuh dan  bil  elektrik  korang akan meningkat  dan yg paling  gembira adalah  TNB kerana dapat  banyak pendapatan  hasil dari kemalasan kita utk menyelenggara  air cond..

 

 

 

Image

baru  je bulan lepas servis dah kotor balik

yg diatas ni namanya penapis angin .. tujuan utama  ia dicipta adalah menapis segala debu dan kekotoran yg  berada dalam udara dibilik kita yang di sedut  oleh  air cond kita. makanya.. jika kita menggunakan  air cond kita mampu menapis segala debu dan kekotoran yg ada didalam bilik kita. dan  bilik kita akan lebih  bersih dari  bilik  mereka2 yg memakai kipas siling kerana.. udara berdeBu telah memerangkapkan debu di penapis angin  ni.. Sila cuci  secara  kerap  untuk mendapatkan  udara  bersih yg maksimum ..

 

 

Image

senang je  nak  tanggalkan  bukak cover depan  nampak  filter ni  dan  cabut..

ok .. nampak tak? kotor tu adalah dari aktiviti yg dijalankan oleh  air cond  bilik  anak aku . bagi pengidap2 asma dan yang  alahan  habuk .. air cond adalah  satu keperluan utk  korang . kalau tak .cub la  belek2 atas almari,  di langsir dan bawah  katil .. mmg dipenuhi  habuk.

Image

teknik  nak cuci  filter ni pun ada caranya jugak .. korang  semburkan air dari bahagian belakang penapis supaya  habuk  senang  utk ter tanggal. kalau korangsembur dari  depan .. nanti  habuk2 yg  basah tu akan melekat  .. kalau  korang rajin  dan  kotoran2 degil  yg lekat . maka korang boleh la gunakan berus dan sedikit sabun  utk menanggalkan kotoran tu . tapi jangan la berus  kuat2 sangat .. nanti terkoyak pulak  penapis ni. maklum laa. baju pun kita tukar 6 bulan ke 1 tahun  sekali ..  filter air cond  ni selagi  air cond tak rosak .. itu la yg kita  guna ..Image

yey!! bila dah bersih . pastikan  penapis ni kering dulu .cara nak mengeringkan tu  ikut  pandai korang laa. nak jemur ke .. nak salai ke . nak  lap pakai kain ker . janji  dia kering.. selepas kering semburkan  minyak wangi  di bhgn  hadapan penapis tu dan tunggu kering jugak .. kalau aku  pasangkan terus je sebab. nanti dia kering sendiri  time kita  gunakan.. dan….. bila korang ON je air cond korang tu ..secara  automatik ia akan menyebarkan  wangian  keseluruh bilik  korang ..

Selamat mencuba ajaran sesat ni kalau tak jadi  jangan salahkan aku  ye… heheheh

sekian utk kali  ini  dari  aku   GOLDMAN<————– bukan nama sebenar


Leave a comment

Aku,Dia dan Baitullah….

Salam alaik buat semua  kawan2  dan pengikut blog aku nie.. aku doakan korang semua hebat dan  moga lebih hebat dari aku .. sebenarnya  aku nak buat entri pasal kejayaan yg sebenar .. tp tak cukup bahan le.. so aku buat la  cerita2 kosong … kira  citer santai  laa pengalaman aku g umrah baru2 nie ..

Umrah baru2 ni adalah umrah yg keberapa  kali utk aku ..aku pun dah tak ingat dan aku pun malas nak ingat dah, cuma tercatat lagi satu bab baru dalam lipatan sejarah hidup aku. Aku diamanahkan menjadi tour leader.. org putih ckp  ketua rombongan.. Sebenarnya aku hidup  atas pengalaman ..oleh yg demikian .. datang  kursus tour leader pun tak bleh nak  tangkap apa yg diorang  cakap pung pang… pung pang .. so  cara terbaiknya ialah BUAT je laa…. mula2 mmg  nampak mcm huru hara  sebab .. aku tak tau pun yg kena stanby kat  air port  3 jam lebih awal .. yg  aku tau  1 jam .. ha ha ha .. so  taklimat tak sempat bagi.. perkenalkan diri pun tak sempat .. mujur ada mem yg  proaktif.. dan lagi dia pun mmg  berpengalaman le buat kerja2 tu.. aku dapat rasakan yg mmg allah nak  bantu  sebab .. jemaah2 yg  mengikuti program kali ni mmg betui2 nak buat  ibadah .so memudahkan kerja berbanding  yg lepas2 sebab ada  jemaah yg  niatnya nak shopping dan mencari  kesenangan di MEKAH .nak enjoy2 di mekah mmg takde laa.. heheheh..

Image

penulis bersama abam jamian http://www.facebook.com/jamian.hamid?fref=ts

Yang  paling mengharukan kali ni ialah .. aku ditemani oleh salah seorang sahabat dalam industri aku.. dua tahun dulu dia ada mintak aku doakan moga dia terlepas dari semua belenggu hutang  .. alhamdulillah doa aku tu dimakbulkan allah dan tanda syukurnya dia bertekad utk  mengunjungi  baitullah al haram .. dan  niatnya  terkabul serta aku adalah  makhluk  tuhan yg paling hensem  yg  bersyukur hahahahahaha .. maasa mula2  nak  pergi .. mcm2 dia fikir .. aku dah agak dah .. ni mesti  selalu baca mestika ni tapi alhamdulilah . bila dah sampai ke sana ..sehari semalam tak balik hotel .. apa dia buat kat depan kaabah tu aku pun tak tau.. dan  dia bertekad nak bawak mem dia utk kali kedua .. klu tahun depan  dia jadi pergi ..so aku insyaallah bawak mem jugak lee hehe

 Now aku cerita sikit la pasal Baitullah ni .. mengikut sejarah dalam  alquran dan kitab2 ummat islam .. ia dibina oleh salah seorang rasul yg hebat dan dengannya kita banyak beramal hasil dari sejarah tersebut.. iaitu  Nabi Ibrahim A.S.. dari sejarah nabi ni la terhasil air zamzam yg  barokah.. dari sejarah nabi ni jugak  terhasil syariat sai`e dalam ibadah haji dan umrah ..dari sejarah nabi ni jugak terhasil  ibadah qurban ..dan lebih utama .dari sejarah nabi ini jugak terhasil QIBLAT  utk  kita hadapkan wajah dan hati diwaktu solat dan berdoa(sunat menghadap wajah kearah  kiblat waktu berdoa)

Sinonim dengan  kedangkalan ilmu agama umat melayu yg menganut islam hasil dari keturunan.. bila diajak membuat kebaikan. maka  jawabnya ..tak sampai seru.. bila disuruh tutup aurat .. maka dijawabnya tak sampai seru  ..dan bila diajak kemekah utk haji dan umrah .. maka dijawbnya tak sampai seru .. sebenarnya ibadah  haji dan umrah di dah diseru oleh  ibrahim  a.s sejak berkurun2 dulu lagi ..cuma kita je yg tak sambut seruan tuh
ni bukti nya yg ada dalam alquran

Dan (ingatlah), ketika Kami memberikan tempat kepada Ibrahim di tempat Baitullah (dengan mengatakan): “Janganlah kamu mempersekutukan  sesuatu pun dengan Aku dan sucikanlah rumahKu ini bagi orang-orang yang thawaf, dan orang-orang yang beribadat dan orang-orang yang ruku’ dan sujud.Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurusyang datang dari segenap penjuru yang jauh, (Q.S Al-Hajj : 26-27)

So sapa yg takda terlintas dihati utk menjejakkan kaki ke baitullah sebenarnya ..amat kesian .. baik tanamkan niat sekarang dan berusaha utk mencapainya.

Image
ini lokasi telaga zamzam klu korang nak tau.. sekarang dah ditutup .dah takda dah aku beruntung  sbb tahun 2000 amik air semayang kat sini ..

dan lagi banyak sangat kelebihan sebenarnya ttg tanah suci umat islam ni.. ada juugak hadith yg berbunyi mcm ni

Dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Satu sembahyang dimasjidku lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali masjidil Haram (dimekah): dan satu sembahyang di masjidil haram pula lebih afdhal daripada seratus ribu sembahyang di masjid-masjid yang lain.

So ..banyak  gileer beb pahala  allah bagi .. kalau kat tanah air. nak g masjid pun liat . tp kat  sini.. tahajjud pun nak ke masjid jugak.. oleh itu ..aku mmg tak berapa nak paham kenapa ada yg dah sampai kat sini tapi  still nak solat kat hotel jugak .. hahaahaha.

Cuma pada pandangan aku ..bagus kita betuikan niat  bila nak menunaikan umrah or haji ni hanya semata2 kerana inginkan redha ALLAH je la.. tang pahala dan kelebihan tu .. biar Allah je la yg uruskan . btui tak? cuma apa yg allah janjikan tu kita bleh la jadikan motivasi utk diri sendiri..Image

antara tempat lawatan yg  famous adalah ladang unta

kalau nak kongsi pasal  keadaan persekitaran Mekah dan Madinah pada masa  sekarang .. Madinah lebih aman dan teratur dari Mekah le. Sebab Mekah sekarang dalam proses pembesaran masjid dan tpt penginapan.. So Mekah  agak berdebu dan para jemaah mmg aAgak kurang selesa dengan persekitaran tersebut.. Cuma boleh diatasi dengan  niat asal utk beribadah.Anggaplah itu semua adalah ujian dari allah disamping kita boleh la mengambil iktibar dari apa  yg berlaku tu sbg pnduan  hidup kita sehari2…

Image

waktu ni aku baru bersiap utk tahajjud dan terus sambung solat subuh

Lagi satu la aku nak ingatkan ..sebenarnya .kat sini akan menyerlahkan peribadi2 kita yg sebenar. So sila praktis utk  buat kebaikan sentiasa dan cuba lah amalkan solat   berjemaah selama 40hari berturut2 sblm ke mekah .. kalau tak nanti .ada la cerita korang masuk MESTIKA .. kah kah kah .. adeii ( aku lawak je )

Oklah .. sambung lagi lain kali  moga allah makbulkan doa aku utk semua sahabat2 aku menjejakkan kaki ke Tanah Haram ni walaupun hanya sekali… Sungguh  korang akan rasa apa yg aku rasa .. kalau tak percaya? tanya jamian… hehe

utk kali ni dari aku ——->GOLDMAN bukan nama sebenar….  ( cerita diatas adalah rekaan semata2 tiada kaitan dengan yg hidup atau mati atau tak mati-mati..) SEKIAN


Leave a comment

bemula episod baru

salam alaik  buat semua sahabat ….

 

Image

 

apa kaitan dgn  gambar nie? 

18/2/2013 tarikh  biasa bagi orang lain  ..tapi tarikh  yg agak mendebarkan bagi aku ..sebab pada tarikh ni  aku  akan memikul satu amanah yg biasa bagi orang  yg dah biasa dan luar biasa bagi orang yg tak biasa. jadi ketua rombongan (tour leader) yg pertama kali dalam  hidup aku . memimpin segerombolan jemaah utk menunaikan UMRAH ..kerja yg biasanya aku hanya jadi  back up striker  but now dipertanggungjawabkan  utk mengendalikan keseluruhan operasi. bunyi macam  gempak je hehe .. tp akan dibantu  oleh  org2 yg dah berpengalaman . klu sebelum2 ni . dengan  emas diatas tu la aku menyempurnakan  impian aku setiap tahun  utk menjejakkan kaki ke  tanah  suci makkatul mukarramah. banyak jugak  kawan2 dan saudara bertanya ? apa yg  best  sangat  ke mekah tiap2 tahun? membazir duit jee ..  pergi buat yg  wajib dah la. bagi la peluang kat orang lain pulak .. asyik  kau  je  pergi .. —–> aik? takkan sebab aku sorang yg pergi tiap2 tahun korang tak dapat pergi ? hehehehe..  bg aku . mekah mmg tempat yg  menakjubkan dan tempat yg tenang  dan tempat yg membuatkan aku  terkasima, tempat yg banyak mendidik jiwa, tempat yg barokah, tempat yg ahhhh!! aku tak punya jawapan yg tepat  tapi .aku MESTI  mahu menjejakkan kaki kesana  setiap tahun.

 

utk kali ni . aku hanya  ingin pohon maaf pada semua kalian yg mengikuti coretan aku baik dari blog atau facebook atau kita pernah bersua muka atau yg pernah mengikuti sessi bual bicara emas atau dari kalangan pelanggan kerja-kerja elektrikal dan mekanikal, hawadingin dan  cctv .. atau dari apa jua medium. andai  kita berbeza pandang dari sudut politik atau cara perniagaan. mungkin juga berbeza  kerana  tahap pemahaman kita tentang sesuatu ilmu  ataupun isu..  SUNGGUH AKU MOHON  BERJUTA KEMAAFAN  kerana aku   bukan pemimpin agung. juga bukan  pengikut  setia .. juga bukan pencerita hebat .dan kekadang tak mampu utk mendengar  .. Aku amat berterima kasih  kerana Allah  berikan aku  sahabat, teman kawan  dalam  melayari  hidup…

.maafkan aku  maafkan aku .. maafkan aku .. insyaallah akan aku doakan korang sbg sahabat yg pernah aku kenal atau  kawan yg tak pernah bersua muka. .. moga kita semua  sentiasa bersatu padu utk kekuatan dan kebahagiaan didunia serta  insyaallah kita  berjiran disyurga nnt . kampung  asal kita.. aminnnn ..

Imagesapo nak servis ko nak pasang ko tunggu lopeh  den balik  yoo hehhehe